Selasa, 27 April 2010

Jamuan Sempena Anugerah Khidmat Cemerlang ACOY!!

Di atas kejayaan Syamsul Amri yang telah dianugerahkan oleh pihak Kerajaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi tahun 2009, yang mana anugerah telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 27 April 2010, maka Syamsul @ Acoy telah mengadakan jamuan bersama-sama anggota keluarga di Star Fresh di Jalan Kuala Pilah pada 27 April 2010 pada jam 8.45 malam.
.
Jamuan ini telah disertai oleh Ibu saya, Ibu Mertua saya, Anak-anak, Fadzly, dan Adik Piji. Seperti biasa kami menikmati Prawn Butter, Chicken Cheese, Sotong Goreng Tepung, Toufu Sizzling, dan juga Ketam Berlada. "Memang Best!". Itu sahajalah yang dapat digambarkan dengan jamuan itu. Okaylah jumpa lagi di lain masa...
. Sotong Goreng Tepung dengan Toufu Sizzling
Ketam Berlada
Adik Piji dan Fadzly menyambar makanan
Prawn Butter
Prawn Butter 'order' dua kali sebab tak cukup!!Yang di tengah-tengah tu Chicken Cheese
Suami saya bersama Dzaqwan
Dzaqwan yang tak reti duduk diam!!!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: