Jumaat, 16 April 2010

Bowling Keluarga Rais 2010

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP
KELUARGA RAIS 2010
.
HEBAT ! TIADA TANDINGAN ! Itu sahaja yang boleh digambarkan apabila melihatkan keputusan yang diperolehi sebaik sahaja pertandingan Bowling ditamatkan pada petang 3 April 2010. Pertandingan ini diadakan ekoran timbul rasa tidak puashati di atas kemenangan yang diraih oleh Acoy dalam pertandingan yang dilangsungkan pada bulan Februari yang lalu. Katanya, tak semua main... mana boleh itu dikira sebagai pertandingan Bowling Keluarga Rais. Maka kemenangan Acoy pada ketika itu dipersoalkan.
.
.
Maka berlangsunglah pertandingan "rematch" yang menggegarkan di Ampang Bowl, Seremban Parade. Lebih menarik lagi, Atama telah turun daripada Perak bersama Kak Long (Anak Pak Tam) untuk berentap bersama-sama. Turunlah jaguh-jaguh Shah Alam, Perak dan Seremban untuk berentap menentukan kemenangan.
.
Masing-masing dengan penuh yakin tampil dengan azam untuk mengubah keputusan dahulu iaitu misi mereka hanya SATU. MEMUSNAHKAN DOMINASI ACOY!!!
.
Akhirnya selepas berlalunya 4 frame, nyata kesemua mereka gagal dalam misi mereka. Langkah longlai mereka hanya menyaksikan penguasaan berganda juara Keluarga RAIS iaitu semestinya ACOY. Walau pelbagai teknik dan usaha diguna nyata kesemua mereka tewas mudah kepada ACOY dan mengesahkan bahawa keputusan dahulu bukanlah suatu kesilapan.... tetapi sebaliknya suatu kenyataan yang perlu mereka terima.
.
Berikut dipaparkan keputusan penuh pertandingan:
.
1. Syamsul Amri Ismail (Acoy) - 124, 164, 161, 169 = 618
2. Shahrizad Abas (Abang Iza) - 117, 121, 148, 90 = 476
3. Halijah Rais (Mak Usu) - 120, 80, 142, 116 = 468
4. Hafizal Halim (Pak Induk) - 103, 104, 86, 132 = 425
5. Amirah (Kak Long) - 87, 82, 109, 137 = 415
6. Habibah Rais (Induk) - 88, 86, 107, 105 = 386
7. Hilal Afiq - 78, 96, 92, 84 = 350
8. Atama - 62, 87, 121, 76 = 346
9. Norhayati (Noi) - 78, 68, 64, 66 = 276
.
Tahniah buat yang berjaya, kepada yang gagal jangan putus asa, cubalah lagi di lain masa.... kalau boleh!!!! Ha ha ha!!!
.

Wajah Juara!!!

.
.
.
Disediakan oleh : A C O Y ( Jangan Marah yeaahhh!!! )

Tiada ulasan: