Isnin, 1 Jun 2015

Family RAIS Gathering 2015 Di Mengkawan Chalet, Sungkai


Catatan Sejarah Perhimpunan Keluarga (Family Gathering) yang tidak akan dapat kami semua (ahli keluarga RAIS) dapat lupakan. Pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilaksanakan... yang paling utama adalah makan time!!!

Memang best gilerr.... dapat berhimpun keluarga setelah sekian lama tak dapat berkumpul begini. Perhimpunan paling adil sebab lokasi kali ini di tengah-tengah... iaitu di Sungkai... so, semua ahli keluarga dari Selatan dan Utara akan menuju ke titik tengah perjalanan di Highway PLUS iaitu bertemu di Sungkai...

Terima kasih buat suami saya Sdr Syamsul @ Acoy yang telah mengusahakan survey lokasi ini... dan lokasi yang kami pilih kali ini adalah di Mengkawan Chalet, Felda Sg Klah... memang best, air sungai yang sejuk, nyaman dan menyegarkan... mengembalikan suasana keheningan desa....

Lokasi terbaik.... taknak cerita banyak... jom kita share gambar...


INI SUASANA SAYA BERSAMA SUAMI DAN MAK LONG KETIKA SURVEY BAHAN BAHAN MENTAH DI PASAR AWAM SUNGKAI...
 INILAH JUMLAH KENDERAAN AHLI KELUARGA KAMI SAHAJA YANG HADIR... KIRA-KIRA 13 BIJI KERETA JUGAK LA
 INI PULAK KETIKA BERAMAI-RAMAI BERGERAK TURUN MENUJU KE SUNGAI...
TAK SABAR BETUL RASANYA...
SUASANA KETIKA DI SUNGAI KLAH, SEJUK OOO....
 NAIK DARIPADA SUNGAI... LAPAR LAH PULAK... MAKAN TIME!!!!
JANGAN TAK MAKAN...
 MALAM SELEPAS MAGHRIB.. SOLAT JEMAAH SAMA-SAMA DAN JAMAK ISYA' SEKALI... DAN SETERUSNYA TERUS BUAT TAHLIL ARWAH KELUARGA....
SELESAI MAJLIS TAHLIL ARWAH KELUARGA... TERSU KE DEWAN UTAMA, MAJLIS MAKAN MALAM DAN ACARA BERTUKAR-TUKAR HADIAH WAJIB DAN JUGA HADIAH CABUTAN BERTUAH... PALING BEST WAN ASIAH LA... DALAM SEJARAH... INI KALI WAN BAWAK HADIAH BALIK PALING BANYAK!!!!
DISEBABKAN SAYA DAN SUAMI SIBUK MENGURUSKAN PERJALANAN ACARA MALAM, MAKA, KAMI TAK SEMPAT MAKAN LANGSUNG... SO SELEPAS SELESAI ACARA, KAMI PUN KELUARLAH MENCARI MAKANAN KAT GERAI MAKAN DI LUAR.. KIRA-KIRA BEBERAPA METER DARI LOKASI MENGKAWAN CHALET INI...
ESOK PAGINYA... SEBELUM BALIK SEMPAT LAGI REPEAT MANDI SUNGAI... HE HE... LAST KOPEK... MERASA MANDI SUNGAI LAGI SEBELUM BALIK KE DESTINASI MASING-MASING...

APA PUN, INI AKAN MENJADI SALAH SATU DESTINASI PERCUTIAN YANG TIDAK AKAN DAPAT KAMI LUPAKAN... KEPADA YANG BERMINAT UNTUK BERCUTI DI MENGKAWAN CHALET... BOLEH HUBUNGI PENGURUS MENGKAWAN CHALET, PUAN MARIA DI TALIAN 019-5115707. 

TERIMA KASIH SEMUANYA... WASSALAM... BYE !!!

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: