Baru-Baru ini anak-anak kami ketika bersama-sama berjalan dengan kami di Seremban Prima (dahulunya dikenali sebagai Seremban Parade) telah menyatakan keinginan mereka mencuba permainan "Escape Room".
So, apa lagi, kami pun benarkanlah mereka menyertai permainan ini. Misinya mudah Dzaqwan (Alang) dipenjarakan dan digari. Manakala, Danish (Along) dan Dhafir (Angah) akan berusaha mencari clue dan berusaha menyelesaikan misi ini iaitu membebaskan Dzaqwan (Alang) dalam tempoh masa 15 minit sahaja. Alhamdulillah, mereka berjaya menyelamatkan Dzaqwan dalam masa 14 minit (itu pun Abah diaorang tolong 'solve' kan clue yang terakhir.....
Jom kita layan gambar...
Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan