Selasa, 15 Januari 2013

Selamat Hari Lahir Yang Ke-7 buat Danish Amri

Happy Birthday Danish Amri bin Syamsul Amri !!!
Pada 2 Januari 2013 yang lalu, genaplah usia anak sulung kami iaitu Danish Amri bin Syamsul Amri mencecah usia 7 tahun. Maka, pada 12 Januari 2013 yang lalu, kami telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Lahir Danish dalam suasana yang cukup sederhana... Alhamdulillah ramai juga sahabat handa dan saudara mara yang telah berkesempatan hadir. Terima kasih kami ucapkan buat semua yang hadir... dan terima kasih di atas setiap pemberian dan hadiah kepada anak kami ini.... semoga Allah jua yang membalas jasabaik kalian...

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Inilah kek yang telah dipilih untuk Danish...

Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)

Tiada ulasan: