Pada 4 Ogos 2012 bersamaan dengan Hari Sabtu, satu majlis berbuka puasa bagi keluarga Rais telah diadakan bertempat di kediaman mak Usu Halijah di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kami bertolak dari Seremban pada jam 3.00 petang dan telah berkesempatan singgah sebentar di Pasaraya Alamanda, Putrajaya sebelum ke rumah Mak Usu.
Setibanya di rumah Mak Usu saya sempat menggoreng popiah dengan bantuan Angah Pahang untuk juadaha berbuka puasa.
Pelbagai hidangan disediakan untuk berbuka puasa di rumah Mak Usu ini. Sebaik sahaja selesai berbuka puasa dan solat Maghrib, semua yang hadir telah bersama-sama mengerjakan Solat Tarawikh berjemaah di Rumah Mak Usu dan diikuti dengan tahlil arwah keluarga.
Selesai doa selamat dibacakan, satu upacara pemotongan kek telah diadakan bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran suami saya, Syamsul Amri bin Hj Ismail (Acoy) yang ke 35 tahun pada 3 Ogos yang lalu.
Happy Birthday buat suami saya yang tersayang. So, dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program ini berlangsung.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan