Pada 1 Jun 2012 hingga 3 Jun 2012 telah berlangsungnya Sambutan Hari Keluarga Hj Bador & Hjh Simah buat kali ke 12 dengan menerima kehadiran tidak kurang daripada 15 keluarga. Program kali ini diadakan di Apartment Villa Dahlia, Cameron Highlands.
Segala aktiviti sukan telah diselaraskan oleh pengelola merangkap urusetia utama program ini iaitu Sdr Khairuan Bador (Busu) dan Pn Fatimah Syam (Mak Usu) dengan dibantu oleh adik saya iaitu Ungku Norhidayah (Dayah). Program yang berlangsung selama 3 hari dan dua malam ini nyata ceria dan meriah dan berlangsung dengan penuh jayanya.
Kesemua ahli keluarga seolah-olah tidak sedar akan masa yang berlalu disebabkan oleh aktiviti ceria yang penuh dan berlangsung tanpa henti.
Dengan ini saya mewakili keluarga kecil saya yang terdiri daripada suami saya (Acoy), anak-anak kami Danish, Dhafir dan Dzaqwan mengucapkan syabas dan tahniah buat Busu dan Mak Usu terutamanya di atas usaha serta inisiatif yang dimainkan bagi menjayakan program tahunan ini yang kini telah pun masuk tahun ke 12.
Juga terima kasih buat En Muhammad (Cik Amat) di atas sumbangan ikhlas buat semua pemandu yang mewakili keluarga masing-masing dengan sumbangan RM 100 demi mengurangkan bebanan petrol serta tol yang ditanggung oleh keluarga masing-masing.
Begitu juga sekalung penghargaan buat semua ahli keluarga yang telah sudi melapangkan masa demi menunaikan hasrat Allahyarham Hj Bador di mana amanatnya supaya Program HBHS ini diteruskan demi mengeratkan perhubungan sesama ahli keluarga.
Sekian dan Wassalam
|
Gabungan pasangan suami isteri yang berjaya mengilhamkan Hari Keluarga HBHS 2012 yang terbaik dalam sejarah penganjuran ! |
|
Apartment Villa Dahlia yang menjadi lokasi berlangsungnya HBHS 2012 |
|
Suasana ketika Mak Usu, Busu dan suami saya (tiada dalam gambar) memilih sayur sebagai salah satu menu hidangan keluarga |
|
Suami saya dan anak-anak bergambar di ladang Teh Bharat di Bharat Tea Plantation |
|
Suasana ketika kami makan tengahari di Restoran Marrybrown, Tanah Rata, Cameron Highlands |
|
Merakamkan suasana di Kebun Strawberri Al-Mashoor, Cameron Highlands |
|
Suasana meriah ketika sukaneka dijalankan secara in-door |
|
Pertandingan mewarna untuk bapa-bapa. Pertama kali dalam sejarah ! |
|
Hidangan steamboat pada malam terakhir. Memang sedap! |
|
Merakamkan gambar kenangan keluarga |
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Makluman : Gambar-gambar keseluruhan program HBHS boleh dilihat menerusi folder seterusnya. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan