Khamis, 14 Julai 2011

Pemasangan Leather Seat & Coil Rubber Mat NAZA RIA Pak Tam

Pada 14 Julai 2011, Pak Induk telah membawa kereta Naza Ria Pak Tam ke kedai Sato Accessories di Taman Semarak, Nilai untuk 'upgrade' sikit bahagian dalaman kereta Naza Ria Pak Tam. Antara yang di'upgrade' adalah seat kulit dan juga floor mat.

Disebabkan saiz Naza Ria yang besar maka kos nya adalah agak mahal sedikit iaitu RM680 bagi penukaran kulit seat dan RM 160 untuk coil rubber mat. Dengan itu berjumlah RM 840.

kerja memasang leather memang leceh sikit, kebetulan pada hari Pak Induk bawak kereta ni, dua daripada staff Sato Accessories ni bercuti, so, dengan tenaga kerja yang terhad kerja jadi agak lewat sikit lah.

Apa pun dengan ini dikongsikan gambar-gambar pemasangan yang telah sempat dirakamkan.


Keadaan kereta yang baru tibaSeat yang sudah mengelupas ini perlu diganti....Kerusi di bahagian dalam mula dicabut dan dikeluarkanKerja-kerja menjahit kulit dimulakanSeat pemandu mula dipasangSeat kedua pula dipasangNak cabut seat belakang sekali pulaSementara itu Kad Jaminan (Warranty Card) diisi sementara menanti kerja-kerja pemasangan siap)Seat belakang mula dipasangSo, mari kita lihat setelah semua kerusi siap dipasang!Sekarang kita beralih kepada kerja-kerja pemasangan Coil Rubber Mat pulak. Hah, yang ini macam senang sikit, tak lah leceh sangat. Dengan adanya Coil Rubber Mat ni, segala pasir dan debu kasut akan terperangkap di dalamnya, so dengan itu kita hanya perlu kibas sahaja. maka, dengan itu juga karpet baldu original kereta akan lebih tahan lama!Coil Rubber Mat yang telah siap dipotong mula diletakkan di dalam kereta.Akhirnya selesailah kerja-kerja pemasangan. Bolehlah kereta ini dipandu pulang ke Perak dalam keadaan dalamannya yang telah diberi sedikit nafas baru!
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..nak tanya kt mana buat seat nie ye??

Unknown berkata...

Boleh saya tahu kedai ni dimana?

timber ellmu berkata...

Dimana lokasi kedai ni?