Selasa, 7 Jun 2011

Majlis Perkahwinan Anak Allahyarham Cik Pie

Majlis Perkahwinan Berlangsung di Rumah Rakyat Pancor pada 5 Jun 2011 (bersamaan hari Ahad). Allahyarham Cik Pie atau nama penuhnya Mohd Safiei bin Mohd Amin merupakan teman baik kepada Allahyarham bapa mertua saya. Kami telah berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan ini meskipun penat kenduri kahwin Induk Sham di Kampung Batu Kikir sejak hari Jumaat lalu masih lagi belum reda.

Majlis perkahwinan ini melibatkan dua pasang pengantin, iaitu anak lelaki dan anak perempuan Allahyarham.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika kami menghadiri majlis ini di Rumah Rakyat Pancor.


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: