Selasa, 26 April 2011

Perkahwinan Hezry & Ekin : Ketibaan di Teluk Intan

Pada 24 April 2011, telah berlangsungnya perkahwinan Hezry iaitu adik kepada Pak Induk bertempat di Teluk Intan, Perak. Perkahwinan telah berlangsung dengan meriahnya di mana suami saya telah berangkat ke sana sedari jam 9.30 pagi dari Rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam. Dengan mengikuti jalan lama Kuala Selangor, suami saya dan beberapa lagi ahli keluarga tiba di Teluk Intan pada jam 11.30 pagi.

Turut sama bersama suami saya ke sana ialah Ibu Mertua saya (Mak Lang), Mak Long Samsiah, Wan Asiah, dan anak-anak kami iaitu Danish dan Dhafir.

Berikut disertakan gambar-gambar ketika suami saya dan ahli keluarga yang lain ke sana. Saya tidak dapat menyertai perjalanan ini kerana saya pula pulang ke Kampung saya bagi menghadiri kenduri Arwah Atuk Hj Bador di Kg. Tanah Baru, Johol.


Inilah Ayahanda & Ibunda Pengantin Lelaki dan juga Pak Induk
Pasangan Pengantin Hezry & Ekin
Inilah potret keluarga Pak Induk yang telah sempat dirakamkan

Ketika tiba sekumpulan ahli kumpulan Marhaban memainkan lagu atnpa henti sehinggalah ketibaan Pengantin

Walaupun telah berusia tenaganya masih kuat

Bermain dengan bersungguh-sungguh

Petugas air minuman bertungkus lumus

DJ yang bertugas menghiburkan tetamu yang hadirPelbagai lagu pilihan yang diputarkan oleh DJ bertugasTidak ketinggalan juga pemain kompang sambil marhaban tetap memainkan lagunya di serambi rumah
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Perkahwinan Hezry & Ekin : Makan di Tempat Duduk Utama

Setibanya suami di rumah Pak Induk di Teluk Intan, kami terus disambut oleh Induk dan Pak Induk. Dan seterusnya kami terus dibawa di bawah khemah jamuan utama bagi menikmati jamuan yang telah disediakan. Lauk yang paling suami saya tidak dapat lupakan adalah lauk 'rendang dendeng'. Memang best!!

Pak Induk membawa semua menuju ke khemah jamuan utama
Mak Long Samsiah dan Wan Asiah mula menyenduk makanan

Ibu Mertua saya (Mak Lang) dan Dhafir mula mengambil tempatInduk melayan suami saya dan ahli keluarga RAIS yang telah berkesempatan hadirPak Induk menghulurkan bekas nasi
Pak Induk sibuk dan bertungkus lumus melayanSuasana meriah di khemah jamuan orang ramai Semuanya berkonsepkan 'hidang'

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Perkahwinan Hezry & Ekin : Meja Santapan Raja Sehari

Lauk-pauk untuk Raja Sehari Semuanya digubah sebegitu cantik Ini pula hidangan untuk keluarga pengantin perempuan Tembikai diukir dengan nama pasangan pengantinSuasana dikhemah jamuan utama

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Perkahwinan Hezry & Ekin : Suasana Di Dalam Rumah

Sementara menantikan ketibaan Pengantin, suami saya dan ahli keluarga menanti di dalam rumah. Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika berada di dalam rumah. Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)