Bercuti di Terengganu
25 Februari 2011
.
Tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT)
Sepang, Kuala Lumpur
.
Mulai 25 Februari 2011 hinggalah ke 26 Februari 2011, suami saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) (25/2/2011) dan juga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (26/2/2011). Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya dengan mengambil peluang untuk bercuti di Terengganu.
.
Memang seronok bercuti kali ini memandangkan semua penginapan, dan makanan telah disediakan oleh pihak Universiti.
.
Kami memulakan perjalanan dengan menaiki kapal terbang Air Asia pada jam 7.00 pagi. Kami telah tiba di Lapangan Terbang LCCT seawal jam 5.30 pagi bagi memudahkan urusan daftar masuk dan sebagainya diselesaikan seawal mungkin. Kami sempat menikmati nasi lemak di Restoran Marrybrown di LCCT ini.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan