Ahad, 10 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru buat Ilham dan Ena!!

SELAMAT PENGANTIN BARU
. Ikhlas Buat
.
Mohamad Ilham bin Ismail
&
Syamsinar binti Md Nor
.
10.10.2010
.
.
Selamat Pengantin baru diucapkan buat Ilham dan Ena di atas sempurnanya majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 8 Oktober 2010. Majlis resepsi perkahwinan mereka telah dilangsungkan pada 10.10.2010 yang mana merupakan tarikh keramat yang menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Majlis perkahwinan ini telah berlangsung di Dewan Dato' Bahaman Shamsudin, Kuala Pilah.
.
Mohamad Ilham yang merupakan anggota penguatkuasa di Majlis Perbandaran Nilai telah menerima kunjungan daripada sekelian ramai hadirin termasuklah anggota-anggota penguatkuasa. Turut berkesempatan hadir adalah YBhg Dato' Hj Nordin bin Yatib, bekas Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.
.
Kami tiba agak lewat, memandangkan sejak dari paginya kami telah terlebih dahulu menghadiri majlis perkahwinan saudara iaitu 2 pupu kepada suami saya (Fendi) yang turut melangsungkan perkahwinan pada tarikh dan masa yang sama iaitu di Kampung Batu Kikir, Jempol. Kami tiba di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah kira-kira jam 2.15 petang.
.
Dengan ini kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ilham dan Ena dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
.
Poster / Banting mengalu-alukan kehadiran semua ke majlis yang penuh bermakna iniSuasana di meja santapan raja sehari
Di antara ahli keluarga yang mengambil kesempatan bergambar bersama
Kami semua bergambar bersama ketika duduk di meja hidangan VVIP
Suasana di dalam Dewan Dato' Bahaman ketika majlis perkahwinan berlangsungSuasana yang meriah di dalam Dewan
Saya dan Ibu saya ketika menjamu selera
Kami sekeluarga bergambar bersama Raja Sehari
Lagi gambar yang dirakamkan
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: