Rabu, 16 Jun 2010

Pertandingan Bowling Keluarga!!

Pertandingan Bowling Keluarga RAIS telah diadakan di Ole-Ole Seksyen 18 pada 12 Jun 2010 yang lalu, sebaik sahaja selesai majlis Hari Lahir Wan, Dzaqwan dan Aiman. Seperti biasa, kejuaraan telah disandang oleh Acoy sekali lagi. Dengan demikian beliau telah berjaya menghampakan kesemua pencabar yang berhasrat mencabar kejuaraan yang telah sekian lama disandang oleh Acoy ini.
.
Tidak terhenti setakat itu, pada 15 Jun 2010 pula, bertempat di Ampang Bowl Seremban Parade, satu pertandingan Bowling 6 penjuru telah diadakan oleh ahli keluarga Acoy dan Noi. 6 peserta yang mengambil bahagian adalah Acoy, Noi, Dayah, Syafiq, Angah Mukri dan Nabila. Keputusan permainan yang berlangsung dalam 2 game ini adalah seperti berikut:
.
1. Acoy 178, 155 bersamaan dengan 333 mata
2. Dayah 90, 88 bersamaan dengan 178 mata
3. Angah Mukri 63, 83 bersamaan dengan 146 mata
4. Syafiq 82, 61 bersamaan dengan 143 mata
5. Noi 63, 63 bersamaan dengan 126 mata; dan
6. Nabila 45, 70 bersamaan dengan 115 mata.
.
Sekali lagi, pemain lain gagal mencabar Acoy, oleh yang demikian dinasihatkan kepada semua agar berlatih bersungguh-sungguh agar beroleh kejayaan. Jangan kecewa, boleh cuba lagi di lain masa....
Noi memerhatikan nasibnya setelah bola dilemparkan....
Angah Mukri sempat bergaya sebelum membuat balingan Alamak, bole nak masuk longkang dah tu!!
Syafiq berusaha memastikan kejuaraan bertukar tangan... tetapi... hampa!!
Kekal juara....
Nabila bersedia membuat balingan pula..
Dayah, sekali lagi hanya berpuashati di tempat kedua...
Gaya balingan yang sempat dirakamkan!
Tengok tu... confirm spare!
Skrin yang memaparkan kehampaan lain-lain peserta
Harap dapat perbaiki di masa akan datang!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: