Rabu, 16 Jun 2010

Pertandingan Bowling Keluarga!!

Pertandingan Bowling Keluarga RAIS telah diadakan di Ole-Ole Seksyen 18 pada 12 Jun 2010 yang lalu, sebaik sahaja selesai majlis Hari Lahir Wan, Dzaqwan dan Aiman. Seperti biasa, kejuaraan telah disandang oleh Acoy sekali lagi. Dengan demikian beliau telah berjaya menghampakan kesemua pencabar yang berhasrat mencabar kejuaraan yang telah sekian lama disandang oleh Acoy ini.
.
Tidak terhenti setakat itu, pada 15 Jun 2010 pula, bertempat di Ampang Bowl Seremban Parade, satu pertandingan Bowling 6 penjuru telah diadakan oleh ahli keluarga Acoy dan Noi. 6 peserta yang mengambil bahagian adalah Acoy, Noi, Dayah, Syafiq, Angah Mukri dan Nabila. Keputusan permainan yang berlangsung dalam 2 game ini adalah seperti berikut:
.
1. Acoy 178, 155 bersamaan dengan 333 mata
2. Dayah 90, 88 bersamaan dengan 178 mata
3. Angah Mukri 63, 83 bersamaan dengan 146 mata
4. Syafiq 82, 61 bersamaan dengan 143 mata
5. Noi 63, 63 bersamaan dengan 126 mata; dan
6. Nabila 45, 70 bersamaan dengan 115 mata.
.
Sekali lagi, pemain lain gagal mencabar Acoy, oleh yang demikian dinasihatkan kepada semua agar berlatih bersungguh-sungguh agar beroleh kejayaan. Jangan kecewa, boleh cuba lagi di lain masa....
Noi memerhatikan nasibnya setelah bola dilemparkan....
Angah Mukri sempat bergaya sebelum membuat balingan Alamak, bole nak masuk longkang dah tu!!
Syafiq berusaha memastikan kejuaraan bertukar tangan... tetapi... hampa!!
Kekal juara....
Nabila bersedia membuat balingan pula..
Dayah, sekali lagi hanya berpuashati di tempat kedua...
Gaya balingan yang sempat dirakamkan!
Tengok tu... confirm spare!
Skrin yang memaparkan kehampaan lain-lain peserta
Harap dapat perbaiki di masa akan datang!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Birthday Wan Asiah, Dzaqwan Amri dan Aiman!!

Pada 12 Jun 2010 (Sabtu), pada jam 3.00 petang yang lalu, telah diadakan satu majlis sambutan hari lahir Wan yang ke 75, berserta dengan hari lahir Dzaqwan Amri (anak Acoy & Noi) yang pertama, dan Aiman (anak Kak Lang Alin) yang ke 6. Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya di kediaman Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam.
.
Turut hadir ke majlis ini, adalah Pak Tam sekeluarga, Atama, Keluarga Mak Long Samsiah, Keluarga Mak Lang dan Keluarga Apak Sidek. Majlis ini dimulakan dengan sesi tahlil dan doa selamat yang kemudiannya diikuti dengan jamuan makan.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar untuk dikongsi bersama.
. Majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh Acoy
Kelihatan Dzaqwan yang sedang lasak bermain di tengah ruang tamu
Mak Lang yang sakit lutut, duduk berehat di kerusi
Turut sama bertahlil Tenang ketika sesi tahlil
Sebaik selesai tahlil sesi urutan oleh Induk yang baru habis ambik kemahiran urut!
Suasana di ruang menonton TV
Dzaqwan di pangkuan abahnya
Kelihatan Kak Long merakamkan gambar
Leka mengambil gambar nampaknya
Wan sudah bersedia nak memotong kek
Aiman pun dah bersedia bersama-sama dengan yang lain di hadapan kek Wan

Bersedia nak potong kek!
Satu lagi kek Wan. Ada dua kek untuk Wan.
Memang sedap nampaknya kek ni!!
Wan bergambar dengan hadiah yang diterima daripada anak cucu yang dikasihi
Hadiah khas untuk Dzaqwan Amri


Hadiah kuntuman bunga daripada anak-anak gadis SIHAT daripada Keluarga Rais!
Dzaqwan mencuba hadiahnya
Leka bermain
Kek untuk Dzaqwan
Wan berposing dengan hadiah yang lain
Kek Wan daripada Acoy dan Noi
Kek untuk Aiman


Satu lagi kek untuk Wan
Di antara hidangan yang disediakan, sagu mata ikan
Buah-buahan, kuih...
Sayur-sayur dan tauhu untuk Mi Sup
Mihun, Mee dan Kuetiaw
Sayur campur dan kuah gulai daging salai...
Rendang ayam!!! Memang bestlah semuanya!!
Kuah untuk Mi kari pun ada!
Sup Makaroni yang disediakan oleh Chef Noi!!
Lepak di tangga, tunggu giliran untuk makan!
Opp... Abang Iza dan tertido di sofa!!
Suasana di tepi meja hidangan
Suasana di sudut urut!!
Beginilah rupanya kesemua hidangan yang telah disediakan!!
Daqwan meronta-ronta mintak dilepaskan!!

Menangis Dzaqwan minta dilepaskan!!
.
.
.
Disediakan oleh : Noi