Rabu, 6 Januari 2010

Hari Pertama Persekolahan Danish Amri!

Pada 4 Januari 2010, bermulalah detik bersejarah apabila Danish Amri iaitu anak sulung kami memulakan hari pertamanya di alam persekolahan. Danish yang baru berumur 4 tahun dihantar ke sekolah bagi membolehkan Danish membiasakan diri dengan percampuran dengan rakan-rakan di sekolah. Danish didaftarkan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS di Rumah Rakyat Pancor supaya senang kerana berdekatan dengan rumah wan nya.
.
Bersempena dengan persekolahan Danish ini, Acoy telah mengambil cuti 2 hari bagi menguruskan persekolahan Danish agar semuanya selesai dan teratur. Pada hari pertama persekolahan ini, Dhafir turut ikut sama ketika sesi pendaftaran. Sesi persekolahan Danish bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
.
Danish ceria di dalam kereta sebagai tanda bersedia memulakan persekolahan Danish dan Dhafir sudah bersedia di dalam kereta sebelum bergerak ke Sekolah
Sempat bergambar sebelum ke sekolah
Tabika KEMAS Kampung Panchor / Rumah Rakyat Pancor
Pemandangan daripada luar sekolah
Danish yang telah diberikan tempat duduk
Bermain-main sebelum memulakan kelas, Dhafir pun sama, macam dia lak yang sekolah
Danish dan Dhafir leka bermain ditemani Mak Kak nya
Kelihatan ada ibu bapa yang masih belum selesai mendaftarkan anak masing-masing
Ada ibu bapa yang masih sibuk melayan dan memujuk anak
Proses pendaftaran masih berterusan kerana ada ibu bapa yang tiba lewat
Aik... Dhafir duduk dengan siapa tu?
Ketika kelas hendak dimulakan ada anak-anak yang merayu supaya jangan ditinggalkan!
Kelas dimulakan dengan bimbingan Cikgu Maimunah
Pelbagai aktiviti dijalankan
Danish duduk di barisan hadapan kelas
Cikgu Maimunah memanggil nama pelajar seorang demi seorang
Danish duduk bersama rakan-rakan lain dalam bulatan
.
Sekejap sungguh masa berlalu. macam baru semalam rasanya Danish dilahirkan, kini dah pun berusia 4 tahun dan memulakan persekolahan, begitu pantas rupanya kitaran hidup, kalau kira-kira 30 tahun dulu Acoy dihantar oleh Abahnya menaiki basikal untuk bersekolah di Tabika KEMAS Kg Dato' Mansor, kini Danish pula. Sekejapan sahaja masa berlalu...
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: