Ahad, 24 Mei 2009

Selamat Hari Lahir Dhafir Amri ( 2 Tahun )!!!

Pada 16 Mei 2009 yang lalu, satu majlis Sambutan Hari Lahir anakanda saya iaitu Dhafir Amri telah dijalankan di rumah ibu saya di Pancor. Dengan sambutan ini menandakan telah genapnya 2 tahun umur Dhafir Amri. Diharapkan, Dhafir akan kekal 'comel' seperti selalunya.
Dhafir Amri bin Syamsul Amri telah dilahirkan pada 16 Mei 2007 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada lebih kurang jam 7.15 malam. Dhafir merupakan anak kedua kami selepas anak pertama kami iaitu Danish Amri dilahirkan pada 2 Januari 2006.

Dhafir 'birthday boy' bergambar semasa di dalam kereta

Gambar Danish pada malam sebelum 16 Mei 2006 di mana kami sekeluarga keluar meraikan detik 12.00 malam bersama-sama Dhafir di Restoran Mac Donald Senawang

Danish dan Dhafir bersedia di hadapan kek ketika majlis kecil-kecilan diadakan di Pancor
Danish dan Dhafir bersabar menanti di hadapan kek
Dhafir akhirnya berjaya juga meniupkan kek yang disediakan khas untuknya.

Beginilah rupanya kek Dhafir yang disediakan khas oleh "Secret Recipe"

Dhafir berposing dengan aksi memegang pisau pemotong kek

Dhafir dengan muka tak puas hatinya kerana masih belum dapat makan kek!
Apa pun, Selamat Hari Lahir sekali lagi diucapkan buat Dhafir, semoga keluarga ini akan kekal berkembang dan bahagia hingga ke hari-hari mendatang. Insya Allah...
Disediakan oleh:
Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Tiada ulasan: