Ahad, 24 Mei 2009

Selamat Pengantin Baru Hanafiah (Ouk)!!

Mohd Hanafiah ataupun lebih mesra dengan panggilan OUK di kalangan rakan-rakan kampung, akhirnya mengakhiri zaman bujangnya dengan Rafidah gadis dari Kg Pandan, Kuala Lumpur. Saya selaku rakan sepermainan bolasepak dan sepaktakraw beliau sejak dari bangku sekolah lagi tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan beliau ini.
Majlis perkahwinan beliau berlangsung cukup meriah dengan suasana Bollywood yang pastinya tidak pernah dapat dibayangkan oleh kami selaku rakan-rakan beliau.
Majlis berlangsung mulai jam 1.00 petang 24 Mei 2009 di Dewan Convention, Hotel Glory Beach Port Dickson. Majlis ini dihadiri lebih 1,000 orang jemputan.
Saya dan keluarga dengan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Hanafiah dan keluarga. Steady lah Ouk! Memang grand majlis kahwin kau!!

Gambar Pasangan pengantin baru ibarat "Pinang di Belah Dua!"
Suasana Dewan Convention Glory Beach sebelum Majlis bermula

Orang ramai mulai memasuki ruang dewan pada jam 12.45 tengahari

Orang ramai mulai memenuhi ruang tempat duduk di hadapan berhampiran pentas

Orang ramai sudah mulai membanjiri dewan

Pasangan Pengantin diiringi Kumpulan Pemuzik Scottish 'Piper' dari Kuala Lumpur
Hanafiah dan Rafidah perlahan menuju ke Pentas Utama bagi menjalankan upacara persandingan

Saya dan En Safain (Pie) sabar menanti tibanya Pengantin

Ibu Mertua saya, isteri dan Ibu saya yang turut sama hadir ke Majlis perkahwinan hanafiah dan Isteri

Lihatlah betapa ramainya tetamu yang hadir
Pasangan Pengantin tiba di pentas
Hanafiah sempat berpaling ke arah pengantin perempuan

Pasangan Pengantin tersenyum di atas Singgahsana pelamin yang indah

Majlis Perkahwinan yang cukup bersejarah buat Hanafiah, Keluarga dan sekelian rakyat di Pancor

Imam Surau Pancor, En Nasurudin (Cik Atan) membacakan doa selamat pembuka majlis

Abang dan Ibu Hanafiah menyampaikan ucapan alu-aluan buat semua tetamu yang hadir

Hanafiah, Rafidah dan keluarga menikmati santapan yang telah disediakan

Tetamu dihiburkan oleh Kumpulan Tarian 'Bhangra' yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur
Sekali lagi saya dan keluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru diucapkan buat Hanafiah (Ouk) dan isterinya Rafidah. Semoga ceria dan bahagia selalu hendaknya.
Buat Ouk, WELCOME to the group!!!!
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Selamat Hari Lahir Dhafir Amri ( 2 Tahun )!!!

Pada 16 Mei 2009 yang lalu, satu majlis Sambutan Hari Lahir anakanda saya iaitu Dhafir Amri telah dijalankan di rumah ibu saya di Pancor. Dengan sambutan ini menandakan telah genapnya 2 tahun umur Dhafir Amri. Diharapkan, Dhafir akan kekal 'comel' seperti selalunya.
Dhafir Amri bin Syamsul Amri telah dilahirkan pada 16 Mei 2007 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada lebih kurang jam 7.15 malam. Dhafir merupakan anak kedua kami selepas anak pertama kami iaitu Danish Amri dilahirkan pada 2 Januari 2006.

Dhafir 'birthday boy' bergambar semasa di dalam kereta

Gambar Danish pada malam sebelum 16 Mei 2006 di mana kami sekeluarga keluar meraikan detik 12.00 malam bersama-sama Dhafir di Restoran Mac Donald Senawang

Danish dan Dhafir bersedia di hadapan kek ketika majlis kecil-kecilan diadakan di Pancor
Danish dan Dhafir bersabar menanti di hadapan kek
Dhafir akhirnya berjaya juga meniupkan kek yang disediakan khas untuknya.

Beginilah rupanya kek Dhafir yang disediakan khas oleh "Secret Recipe"

Dhafir berposing dengan aksi memegang pisau pemotong kek

Dhafir dengan muka tak puas hatinya kerana masih belum dapat makan kek!
Apa pun, Selamat Hari Lahir sekali lagi diucapkan buat Dhafir, semoga keluarga ini akan kekal berkembang dan bahagia hingga ke hari-hari mendatang. Insya Allah...
Disediakan oleh:
Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Sabtu, 2 Mei 2009

Danish & Dhafir di Melaka !!

Pada 24 April 2009 yang lalu, saya telah terlibat dengan Kursus "Strategic Thinking & Management in Action" yang telah diadakan di Mahkota Hotel, Melaka. Dengan itu, kesempatan ini telah digunakan oleh kami sekeluarga untuk berehat-rehat di bumi Hang Tuah selama 2 hari dan 2 malam.
Terdapat juga beberapa gambar yang dirakamkan untuk tatapan anda semua.
Danish di hadapan Pusat Pameran di Menara Taming Sari, Melaka
Danish dan Dhafir bergambar bersama Kakak (kembar) dan Izzudin
Danish & Dhafir dengan posing istimewa bersama bapa dan ibu saudara mereka
Bergambar bersama 'abah' dan 'umi'
Aksi Dhafir dan Danish di meja makan di Food Court Baru bersebelahan Mahkota Parade
Izzudin, Kakak dan Adik Piji sedang makan dengan bersungguh-sungguh!!
Dhafir dilayan oleh Umi nya
Dilaporkan oleh : Syamsul (ACOY)








Danish & Dhafir di A&W Seremban!

Telatah Danish & Dhafir yang telah sempat dirakamkan di A & W, Seremban Dhafir cuba mengelap pipi abangnya
Masih lagi berusaha, kali ni sampai ke telinga!!

Bergambar bersama di hadapan Lake Garden, Seremban

Dilaporkan oleh : EDITOR BLOG


Danish & Dhafir di Kg Batu Kikir!!!

Pada 1 Mei 2009, Danish dan Dhafir telah berkesempatan pulang ke Kampung kelahiran ayahnya di Kg Ayer Dedali, Batu Kikir. Di Bt Kikir, Danish dan Dhafir telah sempat merakamkan gambar kenangan di desa tercinta!




Disediakan oleh : EDITOR BLOG


Danish & Iqbal Bersukan Menunggang Di Seremban!!

Pada 1 Mei 2009 yang lalu, Danish dan Iqbal (anak Induk) telah terpilih untuk menyertai acara sukan bebas (sukan menunggang) yang berlangsung di Seremban Parade, Seremban. Acara ini memerlukan kekuatan dan ketahanan mental memandangkan aksi yang diperlukan melibatkan keseimbangan badan serta keupayaan mengawal beberapa ekor binatang yang bakal ditunggang. Danish dan Iqbal diberi peluang memilih sendiri binatang-binatang yang ingin ditunggang!
Kelihatan Iqbal sedang warming up sebelum bersedia menjalankan aktiviti sukan

Wajah Danish & Iqbal yang sudah tidak sabar-sabar ingin bersukan menunggang....


Akhirnya mereka berjaya menyertai sukan menunggang ......... sukan ini berlaku spontan apabila mereka berlumba sesama sendiri di trek yang baru dibina. Mererak juga bebas untuk menunggang ........... ke mana sahaja asal tidak membahayakan pengguna-pengguna yang lain.



Mari kita lihat aksi mereka!!!!







Dilaporkan oleh : EDITOR BLOG