Ahad, 17 Februari 2013

Selamat Pengantin Baru Nazirah & Bakhtiar!!!


Selamat Pengantin Baru
Buat 
Nazirah dan Bakhtiar
16 Februari 2013
Jalan Kempas, Meru Klang

Alhamdulillah, pada 16 Februari 2013 yang lalu, saya, suami saya, anak saya (Dzaqwan Amri), ibu mertua saya, Mak Long Samsiah dan Wan Asiah telah berpeluang menghadiri majlis perkahwinan Nazirah (Anak Cik Ida Klang) bersama pilihan hatinya iaitu, Mohd Bakhtiar. Majlis Perkahwinan berlangsung pada 16 hingga 17 Februari 2013. Kami berpeluang hadir hanya pada 16 Februari 2013 (sebelah malam) disebabkan kesibukan jadual suami saya yang agak padat semenjak kebelakangan ini.

Pada malam tersebut berlangsungnya majlis berinai, namun apa yang lebih menarik suasana masyarakat Jawa yang menjadikan malam tersebut sangat meriah sekali. Jamuannya jangan cakaplah. Memang best gilerr!!! Suami saya makan satay sampai tak ingat dunia. Satay Cik Ida Klang ni memang terbaekkk !!!

Dengan ini, ingin saya kongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan pada malam berkenaan.


Disediakan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)