Pada 29 Julai 2012, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di rumah Mak Lang (Ibu Saya), memang meriah gilerrrrrr! Tak dapat nak diceritakan dengan kata-kata. Dengan kemeriahan makanan, kemeriahan suasana, kemeriahan suara, gelak ketawa dan akhirnya membawa kepada kesimpulan alangkah indahnya Ramadhan kali ini....
Pelbagai juadah disediakan, dengan buah kurma import segar dari ladang, buah honey dew yang manis mengancam, roti john yang sangat menyelerakan hingga berebut-rebut mengerjakannya, kuih popia, lauk udang galah masak gulai kuning masak lemak cili api, goreng tempe campur kacang, daging masak kicap dan juga tidak dilupakan ayam gulai masak kuning lemak cili api... itu belum cerita dengan murtabak ayam yang ... huih.... tak dapatlah nak cerita melainkan kena rasa sendiri...
Menambah kemeriahan kami adalah dengan kehadiran pelakon terkenal tanahair iaitu Abang Iza The Poyo! Kami sempatlah jugak beramai-ramai menyaksikan rakaman drama "Menantu Tiga Rasa" yang mana Abang Iza berlakon bersama dengan Acong Sweetheart, Amyza Adnan, Rosnah Mat Aris dan lain-lain lagi...
Dengan kemeriahan ini, berkemungkinan satu lagi program IFTAR seperti ini sedang dirancangkan. Dan kemungkinan besar ia akan diadakan dengan lebih meriah lagi!!!!
Apalagi, jom kita layan gambar!
Danish dan Dzaqwan bermain game sementara menanti waktu berbuka puasa
Suasana di ruang dapur sebelum waktu berbuka
Hidangan mula disusun
Berlonggok di hadapan TV sebelum waktu berbuka puasa
Hidangan semakin bertambah
Semua mula mengambil tempat
Saya sedang membuai Dzafran yang tidak lena tidur
Ada sahaja peristiwa lucu yang membuat semua orang ketawa
Usikan yang tiada henti...
Kemeriahan lauk pauk semasa berbuka
Wan Batu Kikir menikmati hidangan di meja
Ini lauk hidangan utama
Udang Galah masak lemak cili api
Ayam kampung masak lemak cili api
Goreng tempe campur kacang
Daging masak kicap
Buah honey dew
Dua orang bibik yang sedang menyiapkan Baby Dzafran
Selepas berbuka dan Solat Maghrib, duduk relax dulu sebelum pergi ke surau untuk tarawih
Bibik-bibik yang masih belum selesai tugasnya....
Dzaqwan Amri yang ceria!
Dhafir Amri...
Dzafran Amri tenang di dalam buaian
Along Naza dan Kak Long Diza sempat merakamkan gambar juga
Bergambar sebelum pulang ke Pancor Jaya
Tiga beranak ini mengambil gambar dengan mesra!!!
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)