Pada 1 Januari 2010 telah berlangsungnya majlis perasmian Restoran DZ Cafe yang dimiliki oleh Sdr Mohamad iaitu sahabat kepada suami saya. Sdr Mohamad ni merupakan rakan seperjuangan di dalam dunia perdebatan universiti dahulu. Dulu, Sdr Mohamad ni pendebat utama pasukan UNITEN dan suami saya UiTM. Selalu gak lah berentap dalam dunia perdebatan, tapi semuanya hanya dalam pentas perdebatan tetapi diluar mereka bersahabat baik.
.
Restoran si Mohamad ni dibuka di area Seremban 2 berhampiran dengan S2 Park. So tahniahlah buat Sdr Mohamad. Begitu jugak nak ucap terima kasih sebab benarkan kami celebrate birthday Danish Amri yang ke 5 tahun di Restoran DZ Cafe.
.
So, jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan!!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan