Pada 9 Januari 2011, suami saya telah merancang satu lawatan ke Hopital Sultan Ahmad Shah di Temerloh bagi menziarahi Pak Teh yang sedang sakit. Pak Teh yang menghidap sakit buah pinggang kini dirawat di Hospital Temerloh ekoran masalah jangkitan kuman di dalam saluran darahnya. Keadaan Pak Teh, agak serius juga kerana Pak Teh menanggung kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.
.
Mujurlah keadaan Mak Teh yang masih kuat lagi menjaga Pak Teh sebaiknya di Hospital. Pak Teh asalnya dimasukkan ke Hospital Kuantan pada 3 Januari 2011 tetapi kemudiannya dipindahkan ke Hospital Temerloh bagi mendapatkan rawatan dengan lebih cepat dan selesa memandangkan Hospital Kuantan yang penuh sesak.
.
Hospital Temerloh ini agak baru so, memang cantik dan selesa serta paling penting tempat letak kereta yang mencukupi (tidaklah seperti HKL dan Hospital Seremban).
.
Yang ikut serta perjalanan ke Temerloh ini adalah Along (sepupu suami saya), Ibu Mertua saya, Mak Long suami saya, saya dan Dhafir Amri.
.
Di sana kami berkesempatan bertemu dengan Mak Teh dan juga Kak Long (sepupu suami saya / anak Pak Teh) dan suaminya Zamri yang kebetulan turut berada di sana, pulang hujung minggu bagi menjaga bapanya di Hospital.
.
Akhirnya, bersama-samalah kita semua selaku ahli keluarga RAIS mendoakan kesejahteraan Pak Teh, dan semoga Mak Teh terus-menerus dikurniakan kekuatan dan kesihatan agar dapat menjaga Pak Teh sehingga sembuh. Insya Allah.
.
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan