Pada 3 Januari 2011, bermulalah sesi persekolahan buat Danish dan Dhafir. Danish yang sememangnya tidak sabar nak bersekolah memang menantikan hari ini sebab dia memang sejak tahun lepas excited nak ke sekolah. Danish selalu kata yang cuti sekolah ni lama sangat, akhirnya puas hati Danish sebab musim sekolah telah bermula.
.
Tahun ini lebih menarik kerana Dhafir yang baru mencecah usia 4 tahun tahun ini turut sama bersekolah di Tabika KEMAS Pancor bersama-sama dengan abangnya Danish. Dhafir yang sibuk bertanyakan baju sekolahnya juga tidak sabar nak bersekolah.
.
Berikut dikongsikan gambar dua hari pertama ketika mereka bersekolah di tabika KEMAS Pancor iaitu hari pertama ketika hari pendaftaran serta hari kedua di mana Hari Lahir Danish yang ke lima telah diraikan bersama rakan-rakan tabikanya. Pada tanggal 2 Januari 2011, genaplah usia Danish mencecah 5 tahun.
.
.
GAMBAR HARI PERTAMA
3 JANUARI 2011
PENDAFTARAN
.
Walaupun dia dah buat muka comel..... tetap dia kena tinggal!!
HARI KEDUA
4 DISEMBER 2011
SAMBUTAN BIRTHDAY DANISH AMRI
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan