Majlis Hari Lahir
Mak Long dan Mak Lang
1 Mei 2010
.
Bertempat di Panchor, Seremban
.
Satu majlis sambutan hari lahir untuk Mak Long dan Mak Lang telah diadakan di Panchor pada 1 Mei 2010, jam 8.30 malam. Majlis yang diadakan secara ringkas ini tetap meriah dengan kehadiran Induk, Pak Induk, dan Mak Usu. Hafiz, dan Hishamudin yang baru pulang dari Perak telah turut sama di dalam majlis sambutan hari lahir ini.
.
Hafiz dan Hishamudin, masing-masing telah menyumbangkan kek hari lahir buat ibunda masing-masing yang ditempah khas di Secret Recipe. Jamuan pada malam itu benar-benar istimewa dengan sajian ala barat (western) iaitu, resipi istimewa 'chicken chop'. Memang puas makan pada malam tu.
.
So, dengan ini sekali lagi diucapkan selamat hari lahir buat Mak Long dan Mak Lang.
.
Kek Mak Long yang di 'sponsor' oleh Hishamudin
Mak Long bergaya sebelum memotong kek hari lahir
Umur Mak Long yang telah menjangkau 58 tahun
Ini pula kek Mak Lang