Selamat Hari Lahir buat suami yang mencecah umur 24 tahun (kata suami saya lah). Tapi umurnya sebenar adalah 24 tahun (iaitu pada 10 tahun yang lalu). Suami saya Syamsul Amri bin Hj Ismail @ Acoy telah dilahirkan pada 3 Ogos 1977 di Kg. Ayer Dedali, Batu Kikir.
Disebabkan tahun ini birthday suami saya jatuh pada bulan Ramadhan maka kami telah meraikan secara sederhana di Star Fresh Agro Park, Jalan Kuala Pilah.
Kami sekeluarga dengan ini mengucapkan selamat panjang umur, murah rezeki serta sentiasa berjaya mencapai cita-citanya.
Setelah berbuka puasa, kami terus ke Pancor iaitu rumah ibu mertua saya untuk memotong kek di sana. So, dengan ini disertakan gambar-gambar semasa kami meraikan hari lahir suami saya. Selamat menonton!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan