![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgT49Nb9DUvaaul37Dbq4wlJ3EL63VGO9G2ygSsnrtq5lGWF_J3A9qVOVCn20Vjz7zWoJrqZpTUMjceHIMRJWzK6L-4K6n3jFWb19HZmswDbPaiijGYT2le9M1t-5UzvCvMOMCJf4yoFEY9/s400/banner+puu.jpg)
Penganjuran kali ke 8 ini menampakkan kelainan dengan penglibatan penduduk-penduduk Kg. Sungai Buloh yang bekerjasama dalam konsep gotong-royong dan konsep KENDURI khusus untuk dipaparkan kepada sekelian generasi di dalam Keluarga RAIS ini.
Menurut Sdr Syamsul, Pengerusi Tetap Hari Keluarga RAIS, "Penganjuran pada tahun ini cukup bermakna sekali memandangkan ia melibatkan penduduk-penduduk Kg. Sungai Buloh di mana menjadi Kampung asal Keluarga RAIS ini. Melalui pendekatan ini, anak-anak dan cucu-cucu akan sedar dari mana asal-usul kelahiran ibu bapa mereka dan dengan itu mereka tidak akan pernah melupakan kampung halaman".
Menambah kenangan manis penganjuran pada tahun ini, adalah dengan kepulangan Achik Julie dan juga anaknya Anna Zannira daripada Heidelberg, Jerman. Dengan kepulangan mereka dengan ini melengkapkan kehadiran ahli keluarga memandangkan Achik Julie telah pun bermastautin di Jerman. Kali terakhir Achik Julie pulang bersama keluarga adalah ketika Program Hari Keluarga RAIS di Penang Beach Hotel, Pulau Pinang pada tahun 2007.
Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang berlangsungnya program Hari Keluarga RAIS 2011 buat kali ke 8 di Kampung Sungai Buloh, Jelebu.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
** Gambar-gambar keseluruhan program boleh dilihat menerusi folder-folder berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan