Pada 20 November 2010, kami sekeluarga menerima berita Tok Som (ibu mertua Pak Ngah suami saya) telah kembali ke Rahmatullah selepas waktu Zohor. Kami sekeluarga yang yang sedang bersiap-siap untuk hadir ke majlis kenduri kahwin En Yusof agak terperanjat dengan berita ini dan terus merancang perjalanan untuk menziarahi keluarga Pak Ngah di Kg Selama, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.
.
Inilah merupakan salah satu perjalanan yang tidak dirancangkan oleh kami semua. So, selepas sahaja selesai hadir ke majlis kenduri kahwin En Yusof, kami terus bersiap-siap untuk ke Perak.
.
Perjalanan kami bermula pada jam 6.00 petang daripada Panchor dengan mengikuti Lebuhraya LEKAS sebelum masuk ke Nilai dan terus mengikut Lebuhraya ELITE dan menuju terus ke Lebuhraya Guthrie dan susur ke utara.
.
Perjalanan disertai oleh Suami saya selaku ketua rombongan, saya, Ibu mertua saya, Mak Long, Wan Asiah, Danish, Dhafir dan Dzaqwan.
.
Kami berhenti di R&R Dengkil seketika kerana anak kami si Dzaqwan yang meragam dan terpaksa ditenang oleh suami saya. Ini menyebabkan pemanduan terpaksa diambil alih oleh Mak Long hinggalah kami berhenti untuk rehat seketika di hentian R&R Tapah.
.
Bermula di Tapah pemanduan diambil alih semula oleh suami saya.
.
Kami tiba di Bagan Serai kira-kira jam 11.30 malam dan berehat terus di rumah Pak Tam. Pada awal pagi kami semua telah pergi menziarahi jenazah di rumah Pak Ngah di Kg Selama, Perak yang terletak kira-kira hanya beberapa meter dari rumah Pak Tam. Kami kembali semula ke Seremban pada 22 November 2010 dan bertolak kira-kira jam 7.00 pagi. Kami tiba di Seremban pada jam 12.00 tengahari.
.
Kami sekeluarga mendoakan semoga roh Tok Som dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan