Pada 10 Oktober 2010 (10.10.2010), telah berlangsungnya majlis perkahwinan saudara iaitu dua pupu kepada suami saya, Afendi bersama pilihan hatinya Azila. Majlis persandingannya telah berlangsung meriah bertempat di tanah kelahiran suami saya iaitu di Kg Batu Kikir, Jempol. Majlis perkahwinan sebelah pihak perempuan telah berlangsung seminggu sebelumnya di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.
.
Kami tiba di Kg. Batu Kikir seawal jam 9.30 pagi kerana pada tarikh yang sama terdapat banyak lagi jemputan yang tidak dapat dielakkan kerana ramai yang memilih tarikh keramat 10.10.2010 ini untuk melangsungkan perkahwinan. Apa pun, kami sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat Afendi dan Azila, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta berbahagia hingga ke akhir hayat.
.
.
SELAMAT PENGANTIN BARU
.
Afendi & Azila.
10.10.2010
.
Kg. Bukit Perah, Batu Kikir, Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus
.
.Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon doa restu Mu,
Berkatilah kami dan semoga
majlis kami ini berjalan dengan sempurna
seperti mana yang
Kau kehendaki dan semoga
jodoh pertemuan ini berkekalan
hingga ke syurga Mu....
.
Poster yang mengalu-alukan kehadiran para tetamu
Meja pengantin yang sedang persiapkan oleh katerer
Saya dan anak-anak bersedia bergambar bersama Pak Ngah
Singgahsana yang tersergam indah buat Raja Sehari
Bukan main lagi Dhafir bergambar bersama Pak Ngah
Suasana ketika wan-wan dan mak-mak saudara berkumpul
Suasana di ruang tamu di dalam rumah
Bergambar bersama mak-mak saudara suami (acoy) yang cun melecun
Dari kiri; Andak Eton, suami saya, Achik Suri dan Mak Long
'Flower Girls' bergambar bersama
Flower Girl 1
Flower Girl 2
Flower Girl 3
Flower Girl 4
Sedang berbual pelbagai perkara. Almaklumlah jarang-jarang dapat berjumpa
Ada sahaja benda yang mencuit hati yang ditimbulkan oleh suami saya
Kalau bergambar, signal jari mesti tak tinggal!
Mula dijemput untuk makan
Meja pengantin yang telah siap dihias
Induk Md Zin, Ateh Rohana dan Andak Eton yang telah bersedia awal untuk menyambut tetamu
Semua ahli keluarga telah memulakan sesi makan
Insuk Embong memulakan makan dengan dessert 'cendol'
Achik Suri dengan Ateh Rohana di pintu masuk utama
Katerer yang menjaga hidangan 'cendol' yang laris!! Mano tak eh, paneh!!!
Induk Md Zin nampak steady, Achik Nan pulak dah mulo berkoghut dahi sobab paneh!!
Berpeluh-peluh dah semuanya
Ateh Rohana yang begitu bersemangat menyambut tetamu walaupun panas
Saya duduk di antara Induk Syam dan Wan Alang ketika makan
Suasana di ruang jamuan tetamu
Tetap meriah bila makan bersama keluarga
Di antara tetamu yang hadir
Disambut dengan penuh seri dan ceria!
Ruang letak kereta khas untuk tetamu yang hadir
Hidangan untuk pengantin juga telah siap terhidang
Kini hanya menanti disantap oleh Raja Sehari!
Ruang pelamin juga yang telah tersedia untuk Raja Sehari
Cukup indah dan meriah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan