Pada 28 Mei 2011, sebaik sahaja selesai menghadiri kenduri kahwin Along (anak Kak Ngah PRSP Paroi) kami sekeluarga terus ke Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur bagi memenuhi janji untuk ke rumah Fatmah Faisol (Pat) iaitu sahabat dan juga merupakan bekas anak murid debat suami saya ketika di UiTM dulu.
Tujuan ke sana adalah bagi melawat Pat dan suaminya Fauzi yang baru sahaja dikurniakan puteri pertama mereka iaitu Nur Alia. Memang comel. Geram! Rasa macam nak gigit-gigit. Yang best bila kat sana, dapat jugaklah lalu dan tengok rumah besar-besar kat sana. Selama ni asyik dengar cerita je atau tengok berita je (kes tanah runtuh), hah sekarang dapat ke sana.
Dan yang paling best sekali adalah apabila Fauzi dan Pat ajak kami makan di Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju. Terima kasih banyak buat Fauzi dan Pat, tapi... nanti kalau ke Seremban kami bawak ke tempat yang best jugak! Don't worry!! Apa pun terima kasih, sesungguhnya hanya Allah sahaja dapat membalas budi dan jasabaik kalian.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan