Setelah selesai melawat Kota Belanda, kami semua telah singgah di Masjid Teluk Raja di Pangkor. Di sana kesemua kami bersolat Jamak, menjamakkan Zohor dan Asar, memandangkan masa dah pun masuk waktu Zohor. Selepas ini, mudahlah perjalanan kerana tak perlu singgah-singgah lagi. Selepas ini bolehlah terus ke jeti Pangkor, dan terus balik.
.
Cantik dan selesa juga masjidnya. Ada yang solat dan ada juga yang mengambil kesempatan menyempurnakan hajat. Masjid terletak dekat saja dengan jeti, rasanya perjalanan tak sampai 5 minit pun. Difahamkan bahawa masjid ini juga terletak hampir dengan kampung halaman Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan