![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQ3qxWG_i9jyYmF7eIWtRbqaxniI5S69ttbH43KCWqpsnIAgSv78cKbmgtBaL432qVbQcc8aYOwldAVAg-AseyTeNphyphenhyphenJeGwu0ldqfW_GJ6ybMwwkxsKXONiFWqv-UROF0gnMBBb11to6K/s400/230820101831.jpg)
.
Sebelum jamuan diadakan, suami saya telah membawa saya dan ketiga-tiga anak kami berbuka puasa di rumah Mak Long suami saya di Kg. Dato' Mansor, Rasah. Kat sana hidangan ayam kampung masak lemak cili api, ikan semilang masak berlada benar-benar membuka selera kami semua.
.
Suami saya ingin berbuka di rumah mak longnya kerana ingin berbuka puasa bersama wan (nenek) kesayangannya yang kebetulan berada di rumah Mak Long nya ini.
.
Sebaik sahaja selesai berbuka puasa dan bersolat Maghrib, kami sekeluarga bergerak ke Seremban 2 dengan tujuan menjamu selera di Restoran S2 Park Oriental.
.
Kat sana kami makan lagi dengan penuh berselera dengan menu teppanyaki toufu, shark-fin soup, kuetiaw goreng... macam biasalahhh... semuanya best!!!!
.
So, rasanya itu sahajalah buat masa ni, so, sekali lagi Happy Birthday buat Mak tersayang.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan