Ahad, 23 Januari 2011
Makan Malam di Star Fresh bersama Mak Long & Pak Long
14 Januari 2011, Seremban - Entah mengapa secara tiba-tiba, ketika kembali dari kampung Tanah Baru, suami saya telah mengajak Pak Long dan Mak Long untuk makan bersama kami di Star Fresh Agro Park. Sebagaimana yang semua maklum, Mak Long Limah ni memang makcik 'favourite' suami saya, mereka agak rapat juga...
.
So, adalah beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di sana....
Makan Tengahari di Kg Tanah Baru
14 Januari 2011, Kuala Pilah - Mendengar tahap kesihatan Atuk yang tidak mengizinkan, kami sekeluarga telah mengambil keputusan pulang ke kampung Tanah Baru untuk menziarahi Atuk dan juga makan tengahari bersama-sama. Kebetulan pula pada hari kami pulang ke kampung iaitu pada 14 Januari 2011 merupakan hari cuti keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
.
Di kampung kelihatan Atuk agak lemah-lemah badan dan hanya terbaring sahaja. Kami telah makan beramai-ramai dan nampak berselera juga bila Atuk makan kerana makan beramai-ramai.
.
Ahad, 9 Januari 2011
Menziarahi Pak Teh di Hospital Temerloh
Pada 9 Januari 2011, suami saya telah merancang satu lawatan ke Hopital Sultan Ahmad Shah di Temerloh bagi menziarahi Pak Teh yang sedang sakit. Pak Teh yang menghidap sakit buah pinggang kini dirawat di Hospital Temerloh ekoran masalah jangkitan kuman di dalam saluran darahnya. Keadaan Pak Teh, agak serius juga kerana Pak Teh menanggung kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.
.
Mujurlah keadaan Mak Teh yang masih kuat lagi menjaga Pak Teh sebaiknya di Hospital. Pak Teh asalnya dimasukkan ke Hospital Kuantan pada 3 Januari 2011 tetapi kemudiannya dipindahkan ke Hospital Temerloh bagi mendapatkan rawatan dengan lebih cepat dan selesa memandangkan Hospital Kuantan yang penuh sesak.
.
Hospital Temerloh ini agak baru so, memang cantik dan selesa serta paling penting tempat letak kereta yang mencukupi (tidaklah seperti HKL dan Hospital Seremban).
.
Yang ikut serta perjalanan ke Temerloh ini adalah Along (sepupu suami saya), Ibu Mertua saya, Mak Long suami saya, saya dan Dhafir Amri.
.
Di sana kami berkesempatan bertemu dengan Mak Teh dan juga Kak Long (sepupu suami saya / anak Pak Teh) dan suaminya Zamri yang kebetulan turut berada di sana, pulang hujung minggu bagi menjaga bapanya di Hospital.
.
Akhirnya, bersama-samalah kita semua selaku ahli keluarga RAIS mendoakan kesejahteraan Pak Teh, dan semoga Mak Teh terus-menerus dikurniakan kekuatan dan kesihatan agar dapat menjaga Pak Teh sehingga sembuh. Insya Allah.
.
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)