Selasa, 18 Mei 2010

Dzaqwan Gunting Rambut Buat Pertama Kali !!!

Dzaqwan Amri telah pun digunting rambutnya di kedai, buat pertama kalinya di Senawang pada 16 Mei 2010. Yang best nya adalah, Dzaqwan memang relax je. Tak nangis langsung!! lain betul daripada Dhafir. Si Dhafir pulak, sampai hari ni takut gunting!! So, jom tengok gambar Dzaqwan gunting, memang comel gilerrr!!!
. Dzaqwan tenang di pangkuan abah nya
Muka selamba!
Memang relax dan cool!
Leka bila rambutnya dikerjakan
Masih lagi tenang apabila digunting!
Menganga mulut Dzaqwan
Buat tak tau je muka die!!
Memang steady lah Dzaqwan!!
Dhafir pun tak boleh lawan ketenangan Dzaqwan di kedai gunting
Inilah Dzaqwan yang comel dan cute, selepas selesai rambut digunting!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Birthday Dhafir Amri 3 Tahun !!

Pada tanggal 16 Mei 2010 yang lalu, maka genaplah usia Dhafir Amri bin Syamsul Amri mencecah 3 tahun. Satu sambutan telah diadakan di Taman Bandar Senawang bagi meraikan Birthday 'budak yang paling peramah' ini.
.
Walaupun hanya berhidangkan sajian KFC, dan Kek Secret Recipe sudah cukup untuk menjadikan sambutan Birthday Dhafir Amri ini menjadi cukup bermakna. Majlis ini turut dihadiri oleh Syamsul Amri, Syamsul Hafiz, Syamsul Fadzly, Syamsul Hafizi, Syamira Hafiza, Ibu saya Hasnah (Mak Lang), Ibu Mertua saya, Ungku Norhayati (Umi Dhafir), dan Ungku Norhidayah.
.
Semoga Dhafir akan melalui hari-hari mendatang dengan penuh ceria dan sihat walafiat...
.
Danish Amri dan Dhafir sudah bersedia untuk meniup lilin pada kek Birthday nya
Makin tak sabar nampaknya
Dhafir sudah memulakan tiupannya!
Akhirnya selesai kek ditiup
Setelah kek dipotong maka bermulalah sesi makan!!
Kek diagih-agihkan
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Selasa, 11 Mei 2010

Acoy Juara Bowling PBT Negeri Sembilan 2010

Syamsul telah melakar sejarahnya tersendiri, apabila muncul juara Bowling Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan. Pertandingan yang berlangsung pada 7 Mei 2010 di Ampang Bowl, Seremban Parade, menyaksikan Syamsul yang mewakili Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah berjaya menumpaskan kesemua wakil daripada UPKT/SUK, Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jempol, Majlis Daerah Tampin dan Majlis Daerah Rembau.
.
Permainan yang dilangsungkan dalam 3 game menyaksikan Syamsul (MPN) memperolehi 522 mata (purata 174). Beliau diikuti Saiful Azuar, juga daripada MPN dengan 504 mata (purata 168), meninggalkan Abu Bakar UPKT/SUK di tangga ketiga dengan 499 mata (purata 166.3).
.
Dengan kemenangan ini Syamsul mengulangi pencapaian tahun 2009 di mana Syamsul muncul juara keseluruhan dalam Sukan Bowling PBT Negeri Sembilan di mana MPS menjadi tuan rumah.
.
Tahniah diucapkan!!!
.
YB Dato' Hj Mat Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bersedia membuat balingan tanda perasmian pertandinganYB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri selesai membuat balingan Syamsul menerima hadiah selaku Johan Bowling PBT Negeri Sembilan bagi tahun 2010
Saudara Saiful Azuar (MPN) menerima hadiah selaku pemenang di tempat kedua

Bergambar bersama YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 2 Mei 2010

Selamat Hari Lahir buat Mak Long dan Mak Lang!!

Majlis Hari Lahir
Mak Long dan Mak Lang
1 Mei 2010
.
Bertempat di Panchor, Seremban
.
Satu majlis sambutan hari lahir untuk Mak Long dan Mak Lang telah diadakan di Panchor pada 1 Mei 2010, jam 8.30 malam. Majlis yang diadakan secara ringkas ini tetap meriah dengan kehadiran Induk, Pak Induk, dan Mak Usu. Hafiz, dan Hishamudin yang baru pulang dari Perak telah turut sama di dalam majlis sambutan hari lahir ini.
.
Hafiz dan Hishamudin, masing-masing telah menyumbangkan kek hari lahir buat ibunda masing-masing yang ditempah khas di Secret Recipe. Jamuan pada malam itu benar-benar istimewa dengan sajian ala barat (western) iaitu, resipi istimewa 'chicken chop'. Memang puas makan pada malam tu.
.
So, dengan ini sekali lagi diucapkan selamat hari lahir buat Mak Long dan Mak Lang.
.
Kek Mak Long yang di 'sponsor' oleh Hishamudin
Mak Long bergaya sebelum memotong kek hari lahir
Umur Mak Long yang telah menjangkau 58 tahun

Ini pula kek Mak Lang
Kek mula dipotongKek yang membuka selera!!
Sajian lauk-pauk yang menyelerakan
Ayam "Chicken Chop" yang telah siap sedia untuk diselesaikan
Beginilah sajian "Chicken Chop" yang benar-benar membuka selera
Kentang yang masih panas!!
Mak Usu bersama Dhafir dan Danish
Hafiz yang turut serta di dalam majlis ini
.
Untuk makluman semua ahli keluarga Rais satu lagi majlis Sambutan Hari Lahir untuk Wan Asiah kita akan diadakan pada 21 Mei 2010, jam 9.00 malam bertempat di Rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, oleh yang demikian kesemua ahli keluarga Rais adalah dijemput hadir.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR